Sunday, December 5, 2010

Hakikat Seorang Wanita

Insan Bernama Wanita

1. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi oleh semua lelaki tetapi sebagai sumber seorang suami.
2. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila dia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
3. Kecantikkan wanita terletak kepada sejauhmana dia mampu menjaga malunya.
4. Kecantikkan wanita tiada nilainya jika dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
5. Wanita sangat berlebihan dalam menyintai dan membenci serta tidak mengenal antara duanya.
6. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
7. Tidak ada wanita yang cantik, yang ada hanyalah lelaki yang sangat lemah apabila berhadapan dengan kecantikan.

Wanita Solehah

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
2. Seorang wanita jahat adalah amat buruk daripada 1000 orang lelaki jahat.
3. Dua rakaat solat dari wanita hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita tidak hamil.

Wanita dan Isteri

1. Wanita yang memberikan susunya sendiri kerpada anaknya akan mendapat pahala daripada setiap titis susunya.
2. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik, akan mendapat ganjaran pahala jihad.
3. Seorang wanita @ isteri yang tidur malamnya tidak lena kerana menjaga anaknya akan mendapat ganjaran pahala membebaskan 20 orang hamba.
4. Isteri dan suami yang masing-masingnya melihat dengan penuh kasih sayang, Allah akan pandang dengan teguh rahmatNya.
5. Wabita yang merelakan suaminya keluar ke jalan Allah dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 7000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan di dalam syurga lalu menunggu suaminya yang menaiki kuda yang diperbuat daripada permata Yaqut.
6. Wanita yang tidur malamnya tidak cukup kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampuni oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah akan memberinya pahala 12 tahun beribadah.
7. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 orang wanita iaitu, ibu, isteri, ana dan saudara perempuan, manakala seorang wanita akan dipertanggungjawabkan ke atas 4 orang lelaki iaitu, suaminya, bapanya, anaknya, dan saudara lelakinya.

~Wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment